Sejajar dengan pesanan Imam Syafie:“Aku mampu berhujah
dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil,
kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.
#1 Salah Faham Vitamin
Mudah untuk kita membenci, bila kita dah salah faham dan
pilih untuk tidak mahu faham. Itulah asal usul Islamophobia. Itulah juga nasib
yang menimpa industry pemakanan tambahan.
Lebih-lebih lagi pemakanan tambahan yang menggunakan konsep
MLM.
Salah faham kuasa dua sebegini, buat sesiapa yang malas
berfikir, lebih selesa untuk berpegang pada persepsi, berbanding fakta hakiki.
Jadi, suka admin nak jelaskan, beberapa salah faham tentang pemakanan tambahan.
(1) MAKAN VITAMIN DAH TAK MAKAN NASI
Dalam banyak-banyak, ini memang yang paling kelakar.
Bila kawan-kawan tahu kita jual vitamin, dan kita ajak dia
keluar makan, boleh dia cakap “eh, kau pun makan nasi?”.
Mula-mula tu ingat, dia saja nak perli, “kau ni…”. Sekali,
memang “eh, betul ni. Aku ingat orang yang dah makan vitamin dah tak makan
nasi”.
Tak tahu lah mana orang dapat salah faham ni. Sesiapa yang
makan vitamin, sama saja makan apa yang kita makan.
(2) MAKAN VITAMIN NAK ELAK MAKANAN SEIMBANG & SENAMAN
Kalau tadi paling kelakar, ini pula salah faham yang paling
popular.
Mungkin selalu dengar “dah lah selalu makan fastfood,
bersenam pun malas…”, buat mereka salah tafsir “kalau dah makan vitamin, tak
perlu jaga makan & boleh elak bersenam”.
Hakikatnya, vitamin tidak sesekali menggantikan makanan
seimbang & senaman. Vitamin adalah pelengkap nutirisi. Nama pun pemakanan
tambahan.
Salah faham ini juga yang buat sesetengah dietition tidak
setuju dengan vitamin. Mereka tidak mahu
orang gunakan alasan "sudah makan
vitamin" untuk tidak lagi bersenam & makan makanan seimbang.
(3) DAH SAKIT BARU CARI VITAMIN
Banyak yang lupa 'sihat itu nikmat'. Lebih-lebih lagi semasa
muda. Kesihatan adalah priority terakhir mereka. Toyota Vios & Honda City
priority pertama. Kalau ada duit lebih sikit, iPhone 8 & Samsung Galaxy 9
lebih utama.
Masa ada duit, sibuk makan luar & minum air manis. Bila
ada masalah kewangan, mula makan maggy. Tapi bila dah sakit, baru terkial-kial
nak cari vitamin. Apabila dicadang vitamin apa yang diperlukan, pandai pula dia
jawab “ye ke bagus vitamin ni?”.
Air manis bergula kau togok, rokok haram kau hisap, hari-hari
pula tu. Tapi bila sampai vitamin, tiba-tiba je cerdik “ye ke bagus ni”? Kan
elok kalau cerdik sebelum tu lagi?
(4) HENTIKAN VITAMIN SEBAB DAH PULIH
Orang yang mula makan vitamin bila dah sakit, suka berhenti
bila dah kembali sihat. Bagi mereka, vitamin ni ubat. Hanya sebab, rupa tablet
& kapsul vitamin seakan sama dengan ubat yang dia pernah dapat.
Apa yang terjadi, sakitnya itu datang kembali. Lenguh-lenguh
badan datang semula. Kandungan gula dalam darah kembali melonjak. Paras
kolestrol juga kembali mencanak. Bila dimarah doktor, baru nak sambung
vitaminnya semula.
Puncanya adalah salah faham seterusnya...
(5) TIDAK MAHU BERGANTUNG PADA VITAMIN
Hakikat makanan yang kita makan hari ini, makin kurang
nutrisi. Nanti admin explain panjang lebar dalam point terakhir #7 tentang
topik ini. Sebab itu fungsi badan mudah tergendala hingga mengakibatkan paras
kolestrol & gula tinggi.
Pengambilan vitamin yang konsisten, buat tubuh kita
dibekalkan dengan nutrisi yang cukup. Ini buat badan berfungsi dengan lebih
efektif. Kesannya, paras gula & kolestrol kembali ke paras normal.
Tapi, kalau berhenti makan vitamin, badan kita kembali
kurang nutrisi. Akibatnya, fungsi badan kembali kurang efektif. Itu yang buat
paras gula & kolestrol kembali naik. Bukan sebab vitamin tu ada steroid ke
apa. Bukan!
Inilah beza cara ubat & vitamin bekerja. Ubat merawat simptom
penyakit. Tapi vitamin, kembalikan fungsi badan agar tubuh kita cukup kuat
untuk melawan penyakit.
Sebab itu penting untuk konsisten makan vitamin. Supaya
badan kita sentiasa cukup nutrisi. Buat setiap organ dalam badan kita dapat
menjalankan tugasnya dengan baik.
Lagipun, vitamin bukan ubat yang mungkin ada side effect.
Sebaliknya, Shaklee dijamin 100% selamat tanpa kesan mudarat. Jadi, memang
tiada sebab nak berhenti ambil vitamin. Lebih-lebih lagi vitamin Shaklee.
(6) VITAMIN MENYEBABKAN BUAH PINGGANG ROSAK
Ini paling popular dikalangan Doktor perubatan. Sebab,
banyak kes buah pinggang pesakit bertambah teruk selepas ambil macam-macam
benda pelik. Dah, siapa suruh ambil produk kesihatan hanya sebab murah atau label
makanan sunnah?
Landmark Study Shaklee membuktikan, pengguna vitamin jenama
lain punya incident kencing manis paling tinggi (11%) berbanding pengguna
Shaklee (3%) & yang tak makan apa-apa vitamin (8.5%).
Kenapa pula pengguna vitamin jenama lain lebih tinggi
incident kencing manis berbanding yang tak makan apa-apa vitamin?
Kebanyakan vitamin jenama lain tidak pure & ada banyak
gula. Sebab itu, paras gula pesakit yang guna produk kesihatan sebegini
(alternatif berubat kononnya) naik mendadak selepas menggunakannya.
Inilah punca sebenar, doktor perubatan geram betul dengan
produk-produk kesihatan yang cuma popular di TV tapi memudaratkan pengguna in
reality.
Jadi, kalau nak makan vitamin tapi masih bencikan Shaklee,
lebih baik tak makan apa-apa vitamin langsung. Sebab dah terbukti membazir
kalau guna produk kesihatan lain.
Lebih-lebih lagi produk kesihatan bancuhan belakang rumah
tapi label makanan sunnah.
(7) MASIH SIHAT TAK PERLUKAN VITAMIN
Hakikat hidup zaman sekarang, semua orang pun perlukan
vitamin. Duduk di bandar mahupun desa. Walaupun dah makan makanan seimbang
mahupun terlebih cukup bersenam.
Masih sihat & apetah lagi kalau dah sakit. Semua orang
perlukan vitamin. Nak tahu kenapa?
- Dalam satu jurnal terbitan Journal of the American College
of Nutrition, Prof Donald Davis dari University of Texas (university #1 di
Texas), membandingkan kandungan vitamin dalam 43 jenis tanaman yang ditanam
antara tahun 1950-1999. Kajiannya membuktikan, kehilangan vitamin yang sangat
banyak saban tahun.
- Study oleh British Food Journal pula menunjukkan kalau
datuk nenek kita makan sebiji oren, kita perlukan 8 biji untuk dapatkan jumlah
vitamin yang sama. Dan itu pada tahun 1997, 20 tahun lepas!
Ini berpunca daripada cara penanaman sekarang yang
mementingkan tanaman cepat besar, dijauhi makhluk perosak, saiz lebih besar
& bentuk lebih cantik, tanpa ambil peduli kandungan nutrisi di dalamnya.
Datuk Dr Rajbans Singh; Doktor di Hospital Pantai KL,
Presiden Malaysian Wellness Society dan speaker jemputan untuk topik kesihatan
di Lite FM, pun kata,
“industri makanan zaman sekarang umpama peragut, yang
memulangkan sebahagian duit yang dia ragut, kepada mangsa yang dia dah ragut.
Mereka dah rompak semua zat dalam makanan, kemudian memulangkan hanya
sebahagian daripadanya. Tapi gebang macam banyak betul nutrisi dalam makanan
tersebut.”
Contohnya, telur ada banyak zat. Selepas mereka ragut semua
zat, mereka pulangkan ‘DHA Omega-3’ saja. Padahal, ianya masih rendah dari
jumlah zat yang sepatutnya. Tapi yang kita nampak, cuma ‘bagusnya telur ni ada
DHA’. Sebab marketing gimmick pada bungkusan & iklan mereka.
Tapi, ada juga segelintir pihak yang cuba menidakkan fakta.
Katanya “aku tak makan vitamin selama ini, OK je”. Atau “aku pun menyusu juga,
tiada masalah pun”.
Pertama, maksud “OK je” yang mereka sebutkan bukan
berdasarkan medical check-up pun. Sendiri rasa, sendiri agak saja. Dalam
istilah medic, “placebo effect”. Tapi bukan placebo effect lepas guna sesuatu,
tapi placebo effect untuk menidakkan sesuatu.
Kedua, orang yang suka sakit untuk dapatkan MC setiap bulan,
takkan tahu betapa seronok jika sihat sampai tak perlu MC sepanjang tahun. Umpama,
orang yang cuma pernah naik Myvi sepanjang hidupnya, pasti takkan tahu betapa
bestnya BMW.
Kesimpulannya,
Hanya yang salah faham, akan bencikan vitamin. Dan haters,
memang sengaja tidak mahu faham
kreadit to AinHashim